20 January 2012

Dinar & Dirham....

Asssalamualaikum....

Allahummasollialamuhammad...
Salam Jumaat
Lama x update,...haihh....bersawang juga blog ni..
Hari nak cerita pasal matawang sikit....bukan pasal matawang Malaysia atau negara lain..tapi nak cerita pasal matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham..

Sebenarnya baru2 ni ada terlintas untuk ambil tahu tentang benda ni,....dan tergerak hati untuk mengikuti perbincangan tentang perkara perkara ni,,,Alhamdulillah,,,tergerak juga hati untuk turut sama dalam bermuamalat menggunakan Dinar dan Dirham ni...hehe...
Tapi setakat masih lagi tiada koleksi simpanan untuk Dinar, just ada Dirham saja...huhu...
Insyallah, akan m'upgrade'kan untuk memiliki Dinar (^_^)

Ok..tu je la kot setakat ni,,,banyak sebenarnya nak cite, tapi ada keperluan lagi. Insyallah di lain waktu boleh dikongsikan lagi tentang Dinar dan Dirham ni....

Yang ni Dinar Kelantan(KGT)


Yang ni Dirham Kelantan(KGT)
                                                                

Okeybai....                                     

11 January 2012

Sedikit Perkongsian.....

Halangan Untuk Jadi Baik...

Ini pertanyaannya.

Salam saudara... Saudara tau tak apa-apa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan halangan tuk menjadi baik?
Kalau setakat mahu ayat al-Quran, kita boleh rujuk di beberapa tempat dalam al-Quran. Tapi yang popular dan sering kita dengar menerusi ceramah atau kuliah ustaz-ustaz, tak kiralah dari saluran manapun, ayat 14 daripada surah Ali-Imran sering diperdengarkan.

"Dijadikan terasa indah kepada manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang berlonggok berupa emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik"

Dalam ayat tu kita dah nampak beberapa ujian kepada manusia. Pertama, wanita (ujian bagi lelaki) atau lelaki (ujian bagi wanita). Kedua, anak-anak. Ketiga, harta benda yang bermacam jenis.

Ada orang nak dekatkan diri dengan surau-masjid... dengan majlis ilmu... dengan ulama... tapi isteri mereka kata, "Abang tak payahlah keluar malam ni. Temanlah Mah (bukan nama sebenar) kat rumah. Mah takut bang."

Ada orang nak mendekatkan diri dengan surau-masjid, dengan majlis ilmu, dengan ulama... tapi anak-anaknya merengek, "Daddy... Daddy bila nak bawa kami pergi funfair lagi?"

Ada orang nak dekatkan diri dengan surau-masjid, dengan majlis taklim, dengan ulama... tapi kerana harta, langkahnya tercatu. "Aku sibuk sangat ni. Overtime sampai pukul lima pagi. Esok pukul lapan pagi pulak dah kena punch-card."

Selain itu, kita juga boleh rujuk ayat 24, surah At-Taubah.

"Katakanlah wahai Muhammad: 'Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

Dalam ayat ini pun Allah katakan bahawa penghalang kita itu utamanya datang daripada kaum keluarga dan harta benda kita. 

Realitinya memang begitu.

Nak buat maksiat, senang. Bahkan sangat mudah. Tak ada siapa nak bising. Tak ada siapa nak halang. Kadang-kadang siap diberikan layanan istimewa. Diberikan sokongan dan bantuan pula!

Tapi nak buat baik, habis semua orang nak bising. Semua orang pandang kita pelik semacam. 
 
Saudaraku kesemuanya. Mari kita sama-sama melihat kepada dua penghalang utama manusia untuk merangkak kearah kebaikan. 

Pertama, hawa nafsu.

Kedua, syubhah atau ragu-ragu.

Golongan yang mengikut hawa nafsu ini Allah rakamkan dalam surah al-Fatihah sebagai golongan yang dimurkai. Mereka ini ialah orang-orang Yahudi. Orang islam yang bermentaliti Yahudi ialah orang-orang yang tahu kebenaran, tahu tuntutan. Bahkan antara mereka ada juga yang alim tapi malangnya mereka tidak mampu untuk beramal. Kenapa?

Saya sering tertanya-tanya. Semua orang tahu solat berjemaah, pahalanya ialah 27 kali ganda berbanding dengan pahala solat sendirian. Sedangkan pahala yang 1 itu pun belum tentu dapat lagi! Tapi kenapa surau-masjid kita tak sepenuh kedai makan? atau stadium?
 

Ini bukan kerana mereka jahil, tapi kerana mereka punya hawa nafsu yang membelit seperti ular sawa. 
Tak mahu beramal. Tak mahu berakhlak. 
Kerana diri sukakan dunia. Hawa nafsulah tu!


Ini ialah rentetan daripada kesombongan, kezaliman dan juga banyaknya kita bermaksiat. Bukankah kerana banyak bermaksiat, hati akan jadi mati? Dan kalau hati sudah mati, pasti ia akan membusuk... bernanah serta berulat, lalu menimbulkan kesan yang buruk-buruk sahaja kepada alam keliling.


Maka, satu-satunya ubat bagi penyakit hawa nafsu ini ialah mujahadah. Bersungguh-sungguh lawan keinginan nafsu. Letak dalam otak, bahawa Allah sedang menilai kita dan akan memberikan kita jalan-jalan (bukan satu jalan sahaja) untuk mendapatkan redha-Nya.


Sebagaimana firman-Nya dalam ayat 69 pada surat al-Ankabut: "Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik."

Jihad dalam ayat diaatas bukan bermakna perang kerana ayat peperangan turun selepas turunnya ayat itu. Maka jihad yang dimaksudkan itu ialah kita bersungguh-sungguh mencari jalan untuk pulang kepada-Nya.

Saya suka melantunkan ayat ini di dalam hati, 'Fafirru illallah'- Berlarilah kepada Allah! Kerana fitrah orang yang berlari ialah jasadnya akan sentiasa berada di hadapan. Ini bermakna orang yang berlari kepada redha-Nya ialah orang 'will never turn back to Jahiliyyah'.

Baiklah. Ringkasnya, begitu.

Kedua, yang menghalang manusia mendekati makruf ialah kerana syubhah- keraguan, syak, atau kejahilan.

Ini ialah orang kristian. Mereka Allah umpamakan sebagai golongan yang sesat, yang mana mereka tidak bertemu dengan jalan kebenaran. Mereka ialah orang yang terkeliru. Yang benar, mereka katakan sebagai salah tapi yang salah mereka anggap sebagai kebenaran sampaikan tahap mereka sanggup menyembah manusia!

Itulah dia ciri-ciri manusia yang jahil dan ragu-ragu.

Penawar bagi sakit ini cuma satu- menuntut ilmu. Jika kita sudah 'clear' tentang hakikat, insya-Allah kita akan lebih terdorong dan terlorong untuk beramal soleh, seterusnya menjadi hamba-Nya yang rabbani.

Sekadar itu sahaja. Pesan saya, jangan pernah berhenti daripada menanam cita-cita untuk menjadi orang yang lebih baik. Bukankah subuh ertinya peluang?

copy dari  http://iqbalsyarie.blogspot.com/...

*maaf, x sempat nak menulis...byk perkara yang berlaku...huhu...apa2 pun Insyallah moga ada perkongsian sikit pada tuan2 sekalian  (^-^)

2 January 2012

Bukan milik kita...

Bismillah....
Nahmaduhu Ala Rasulillah...

Selamat Pagi...Ohayo Gozaimasu...(^-^)..
Baiklah hari ni merupakan hari kedua dalam tahun 2012 bersamaan 8 Safar 1433H..

Ok, just nak cerita, tiada benda di dunia yang milik kita, harta yang banyak, kereta yang besar, rumah yang mewah, anak yang ramai dan segala dalam dunia bukan milik kita hatta SEPASANG KASUT! yang dipakai dikaki juga bukan milik kita...kerana apa dikatakan begitu?
 kerana bila sampai waktunya ia akan lenyap samada rosak, koyak, lenyap dari simpanan kita....

Jadi tuan2 dan puan yang mulia jangan kita sangka semua yang kita ada adalah milik tetap kita..TIDAK! Ia hanyalah pinjaman semata2..Maka gunakanlah ia dengan sebaik2nya agar ianya tidak memberatkan hisab kita di akhirat kelak...Gunakanlah 'barang pinjaman' yang sementara di dunia ini untuk meraih redho Allah S.W.T..

Ok tu aje nak cerita...

  p/s:: pagi td abah bagitaw but kerja dah hilang, even grill dah lock...haihh pencuri2, sesak sungguh kau
         sampai but yang dah 'berbau' tu pun nak amik jugak...ermmm...hikmah sungguh....

1 January 2012

Alhamdulillah.....

Alhamdulillah wa syukrillah....
Sollualannabiyi Muhammad Rasulilamin...

 Assalamualaikum....
Syukur sangat,,,akhirnya arini berjaya juga untuk men'create'kan blog,,walau sebelum ni dh pernah buat tapi x dijaga dan hilang  begitu saja..huhu..

Ok,,sebenarnya banyak nak cerita,,tapi memandangkan dah isyak, so mari menuju kejayaan dulu..nanti2 bole cerita...sebab akhirat lebih utama....