24 February 2012

Kesibukan :-(

Bismilahwalhamdulillah....
Nahmaduhualarasulillah.....

Assalamualaikum....harapnya agar semua kita senantiasa dalam rahmat dan lindungan ilahi...
Moga diberi kesihatan yang baik untuk taat perintah Allah dan Nabi...
Ok, terlalu lama tidak menulis(cehh..macam la selalu tulis sebelum ni :p...) memang terasa jugak, sebab dulu ada janji kalo bole x nak biar blog ni kosong saja, at least kena la tulis something kan...so this is it...

Sebenarnya, saya masih tidak mampu untuk menulis seperti anda2 diluar sana yang selalu punya idea untuk mencoretkan blog masing2...saya juga masih kurang penghayatan dalam bidang penulisan ,,,ditambah lagi medium untuk 'mengupdate kan'  tulisan2 ni amatlah kurang perkhidmatannya....huhu...apalagi kalo bukan internet kan...tapi apapun diharap saya tidak melupakan blog saya...pray 4 me :-)

Sebenarnya, banyak benda yang nak diceritakan and mostly personal jugak la...hehe...mungkin akan dikongsi sikit2 kot...tentang kerja, tentang kesihatan, tentang perasaan, tentang diri yang kadang2 lost(heheh..)...fuhhh....macam2....dan mungkin juga yang paling banyak memberi kesan adalah kerja dan perasaan....tapi Insyallah,,,lepas apa yang diusaha dan doa, hanya Allah saja yang berhak tentukannya...kita hanya merancang.....Allahummaminn....

Dan yang pasti dan pasti adalah Allah jua tempat kita bergantung bukan manusia, bukan mahkluk, dan bukan selain Allah...Moga Allah bagi kekuatan untuk meneruskan hayat ini dalam taat perintahNya dan mengikut kekasihnya....Aminnnn....

Ok...mungkin sampai sini saja...nanti kita sambung lagi Insyallah..>_<

1 February 2012

Aurat...


Assalamualaikum....

Nahmaduhu alarasulil amin

Allahummasolliala Muhammad Waala alihi Muhammad..

Lama x update2x blog ni,,haihhh...idea dah ada tp masa pula tidak mengizinkan pula huhuhu,,...tp xpela dari membiarkan ianya bersarang bagi copy sesuatu yang bermanfaat bersama ye dak...hihi...

Hri ni pun dah masuk first day bulan February 2012...so dah sebulan berlalu dalam tahun 2012 ni..apapun harap kehidupan dapat diteruskan walauu dengan apa jua ujian dan mehnah.....yeahhh....ganbatte2x...(^_^)

 

Aurat Saya…Saya Yang Berhak Lindungi.



menutup aurat kerana…by ~forensicist Manga & Anime / Traditional Media / Drawings
Sebak!
Itu kenyataan paling nyata yang boleh terungkap melihat muda mudi harapan bangsa dan agama tanpa malu dan segan silu mengenakan pakaian yang tidak seperti pakaian itu di tubuh mereka.  Peringatan telah datang satu persatu, namun manusia masih tahan diri dan menutup telinga dari menerima yang benar.
Alasannya apa? Nak cantik dan nak menarik perhatian…kalau tak cantik nanti takde orang suka, tak ada orang nak datang lamar. Macam tu ke fikiran kita?
Orang mukmin itu tidak akan tertarik pada pandangan nafsu.  Kerana dia bergantung sepenuhnya dalam doa sekian lama.  Keturunanya mahu di jaga.  Makanya, jodohnya perlulah insan yang terjaga akhlaknya.
Sememangnya bukan semua yang menutup aurat  itu terjaga lisannya, terindah hatinya dan baik budi pekerti kerana sememangnya terdapat segelintir yang kurang mengambil berat mengenai pertuturan dan budi bahasa. Namun, sekurang-kurangnya dia telah mematuhi arahan Allah untuk menutup aurat.  Bukan mempersenda atau meringankan suruhanNya.  Nauzubillahiminzalik.
Apa alasan lagi untuk kita tidak menutup aurat?
Ok, mengikut peredaran zaman?
Ya Allah, Allah tak suruh kita memodenkan diri sampai melanggar perintahNya.  Mahu hina di mata manusia yang kerdil yang sememangnya ciptaanNya jua, atau pun mahu hina sehinanya di hadapan Pencipta kita?!
Manusia itu ke yang menentukan kita akan ke neraka atau ke syurga? Mereka jua manusia yang akan dihitung amal di mahkamah agung nanti.  Nak tolong kita jauh sekali.  Jadi apa alasan kita nak mempedulikan semua suara-suara yang cuba menjatuhkan iman kita itu.  Malah kalau kita berjaya menepis setiap nafsu yang hadir, itulah kemenangan yang besar.
Cuba bayangkan jika Rasulullah s.a.w melihat kita berpakaian sedemikian rupa.  Apakah kamu fikir baginda akan senyum atau berduka?  Siapa yang layak memberikan syafaat untuk kita di akhirat nanti kalau bukan baginda Rasulullah saw?
Jadi, kita cuba renungkan , kalau kita telah mendukacitakannya, apakah mudah syafaat itu untuk sampai kepada kita? Subhanallah, hanya Allah yang tahu.  Tetapi, kita yang berhak membaiki diri, mencari keredaanNya dan Rasulullah saw.
Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. 
Berat sangat ke menutup aurat sampai ramai lebih memilih menunjukkan kecantikkan diri yang sememangnya hanya pinjaman sementara itu? Berbaloikah pujian demi pujian yang hinggap di bibir mereka yang kurang mengerti berbanding dengan seksa yang akan dirasa di akhirat nanti.  Panas api dunia pun tiada yang mampu tahan, inikah pula hangat api yang menjulang berganda pedihnya meragut tubuh tanpa kasihan.
Sedih!  Dengan fesyen yang seolah mempersenda agama.  Apa yang agama larang itulah yang berlaku sekarang.  Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat keduanya itu:
(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
 (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Sengaja menampakkan sanggul yang meninggi di kepala? JANGAN LAKUKAN!
Rasulullah sudah melarang dengan jelas.  Bukannya kamu cantik dengan sanggul tinggi yang menghias tudungmu.
Menutup auratlah dengan sempurna, jangan sengaja mempersenda apa yang Allah telah gariskan.   Hidup di dunia ini hanya sebentar sahaja, barangkali seminit dua lagi kita akan di jemput pulang ke sana.  Mahu berbangga apakah dengan perbuatan-perbuatan yang telah Allah larang. Hebat apakah kita hendak menidakkan segala laranganNya?
Kembalilah pada Allah.  Kita sememangnya makhluk yang sedang diuji dengan pelbagai keasyikan yang diluarannya indah tetapi hakikatnya salah.  Telah Allah dan Rasulullah memberikan peringatan kerana sayangnya pada kita hambaNya.  Namun, kita sendiri yang cuba melemparkan diri ke binasa.
Ya Allah, tuntunlah jiwa ini, jangan biar kelalaian terhadap dunia menutup mata hati kami memandang akhirat yang abadi.

kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/aurat-saya-saya-yang-berhak-lindungi/#ixzz1l6GtxSIY